Monday 18 July 2011

A Testimonial: Be Confident, Be Beautiful!

Salam semua!


Hari ni macam biasalah lepak-lepak dengan Google Reader merata-rata tempat sementara tunggu waktu rehat. Baca blog sini-sana. Lepas tu terjumpa blog awek cun, (tapi dah kawin tau! Sorry, melepassss... Hehe!) Cik Puan Fazlyna ni, pengguna Catalyst VCO dan Catalyst Collagen. Rasanya sekarang pun dah jadi agen/stokis. :)


Dulu Fazlyna ni ada masalah kulit muka. Saya pun sedih jugak masa baca cerita dia masa nak kawin. Tapi sekarang, jujur saya cakap yang dia dah makin cantik, naturally! Tak perlu mekap tebal-tebal pun dah segar je muka dia. Inilah kesan pengambilan Catalyst Virgin Coconut Oil dan Catalyst Collagen. Sangat-sangat memuaskan kan? Jom baca kisah Fazlyna...




Beberapa bulan sebelum majlis perkahwinan, muka aku memang teruk..Tiba-tiba je jadi sangat teruk...Nampak kasar, jerawat tumbuh sana-sini, sampaikan ramai yang tegur.. Mungkin sebab stress kot.. Aku pun rasa macam tak confident je nak menonjolkan diri di khalayak ramai...

Apetah lagi, 10 hari before majlis, muka aku kena minyak panas... agak terukla kat bahagian bawah hidung..jadi berparut... Sampai nangis-nangis bukan sebab sakit, tapi risau muka aku berparut..dah lah nak kawen kan, tetiba je muka jadi teruk macam tu..

Macam-macam pencuci muka aku try untuk hilangkan jerawat, pakai cream parut dengan gigihnya... Dan aku juga stop pakai cream muka and makeup..kalau keluar pakai bedak debu aje.. memang rasa rendah diri gila la masa tuh..hari-hari duk pikir pasal muka.

Aku dah lama tahu pasal VCO Softgel Catalyst nie, tapi takut nak mencuba..Takut jadi lebih teruk sebab before this dah macam macam produk yang aku cuba termasukla VCO dari sebuah syarikat lain. Tapi lepas buat research , aku tengok tak ada pun yang memberikan testimoni negatif pasal VCO Catalyst, so aku nekad la cuba.

RM39.90/sebotol (60 biji)

 Aku order dari Eazy Catalyst ... dapat je, terus guna. Masa tu lagi seminggu je nak dekat tarikh nikah aku.. Aku makan sebiji pagi, sebiji malam plus ngan sapu dekat muka before tidur. Aku tak sedar bila parut kena minyak kat muka aku tu hilang, yang aku pasti, masa hari majlis, parut tu dah tak ada..Syok gila!!!!


ni after a few days guna VCO Catalyst..Hari pernikahan..before make up..No editing.


After make-up pun still nampak jerawat even makeup dah tebal, sebab jerawat-jerawat tu lagi tebal.
30 Mei 2011




Dua gambar yang baru diambil pada 11/7/2011 ..makeup yang nipis dengan sedikit foundation dan compact powder. After menggunakan VCO Softgel Catalyst Collagen selama 2 bulan.

Semua gambar yang aku letak memang tak de edit-edit ke ape...Ori punya muka..Cuma edit tambah frame tu je...hehehe...

Aku akui VCO Softgel Catalyst agak lambat berkesan untuk aku..yela, lain orang lain cara keberkesanan dia, ye tak??? Lagipun memang patutla dah tengok rupa aku dengan jerawat tebal-tebal tu.. Sekarang nie cuma tinggal parut sikit-sikit lagi..Bukan senang nak hilang kan..tapi aku akan terus guna produk nie sampai cantik berseri-seri bak Puteri Gunung Ledang..hahha..tetibe!

After guna VCO Softgel Catalyst selama sebulan bersamaan 2 botol..sebab aku makan dan pakai, cepatla abes..then aku decide to try another Catalyst produk .. CatalystCollagen..Ternyata Collagen lebih cepat bertindak.. Dalam masa seminggu aku dah nampak kesan-kesan yang aku harapkan...


Baca lagi kisah Fazlyna atau order Catalyst dari Fazlyna kat sini!


Terima kasih Fazlyna for your testimony. Now.. One question, 
"Can you imagine a world without men? No crime and lots of happy fat women."
Nicole Hollandera

Ish. Mana boleh a world without men. Marah SS sorang lagi. Hehe. 
Ok, saya tukar sikit jadi... 

"Can you imagine a world without make up? No! But yes, less nagging boyfriend and lots of happier women!"

Honestly, kadang-kadang nak jugak keluar rumah tak payah pakai mekap kan? Indahnya. Mesti kurang suami/pakwe/kengkawan yang membebel tunggu kita siap lambat! Hehe.. Lagi pun, memang kulit kita perlu bernafas. Mekap selalu sangat pun buat apa kan? Lemas, rimas, semua ada. Lagipun, tanpa mekap kita boleh buat terapi untuk diri sendiri jugak. 

"To accept who you are, just the way you are. Nobody's perfect.
And you are nobody."


Tambahkan keyakinan dengan kecantikan yang bermula dari dalam. Live healthy, be confident with yourself and you WILL get your own true-est beauty. 


Cuba dapatkan kecantikan dan keyakinan diri yang sebenar dengan Catalyst sekarang! :)


Picture credit to: Undressed Skeleton


Untuk membuat pesanan, sila isi borang pesanan kami disini.
To order, simply fill up the order form, here!


Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!Any enquiry, feel free to ask!

SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
sscatalyst@gmail.com

Monday 11 July 2011

Minyak Kelapa Dara. (Lagi?)

Haah. Tak habis-habis kebaikan minyak kelapa dara. Jangan bosan pulak ye? Hehe.


Salam dan hai semua!


Minyak kelapa dara ni memang terkenal dari zaman tok nenek kita lagi. Kalau nak cerita tentang khasiatnya, memang Google hantar notis sebab entry pos panjang sangat! Tapi boleh je saya terangkan serba sedikit.. Hehe.


Antara kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara:


1. Mengurangkan kadar kolestrol
Bukan mereka yang berbadan besar je ada kolestrol banyak. Kurus pun tak bermakna kurang kolestrol. Pokok pangkalnya ialah gaya pemakanan kita. Hari-hari makan nasi lauk ayam goreng, ikan goreng lada, petang-petang minum teh minum teh dengan pisang goreng. Haih.. Mana tak naya badan? Tapi tapi tapi.... Minyak kelapa dara ni special. Dia minyak yang TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL! Oleh itu, ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain.


2. Mengawal kencing manis
Pancreas akan lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel boleh bekerja dengan lebih cekap mengambil gula keperluannya


3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah di usia lanjut
Haa.. Untuk hidup yang berkualiti memerlukan badan yang sihat dan cergas. Minyak kelapa dara mempunyai anti-oksida yang tinggi dan bertindak menghambat pembentukan sel-sel radikal bebas. (Sel radikal bebas ni ialah sel-sel yang menyebabkan kanser!)


4. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
Pernah dengar tak doktor cakap, “Oh, bila lemak banyak dalam darah, saluran darah kita boleh tersumbat. Menyebabkan kita berisiko menerima serangan jantung!”. Haa.. Minyak kelapa dara mengatasi masalah ini apabila ianya mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi faktor serangan jantung.


5. Sistem imunisasi tubuh yang lebih kuat
Ini kerana tubuh kita dah ada agen anti-virus, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-protozoa. Belum ada lagi? Cepat telan minyak kelapa dara sekarang!


6. Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit
Berita gembira kepada kaum-kaum hawa ni. Kaum-kaum adam nak tumpang gembira pun boleh sebab awek-awek, isteri-isteri anda semua kini dah semakin cantik! Minyak kelapa dara akan mempercepatkan penggantian sel-sel kulit mati dengan sel baru selain melindungi dari bahaya sinaran ultra-violet. Phewit!


7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
Sel rambut akan mendapat khasiat yang diperlukan dan tenaga yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima. Dari dulu lagi nenek-nenek kita cakap, sapu rambut tu dengan minyak kelapa.. Haa.. Tak percaya lagi tengoklah artis-artis Bollywood tu. Lebat dan berkilau je rambut. Jeles!


8. Terhindar dari gejala alahan
Oh yes.. Minyak kelapa dara juga bertindak sebagai anti-histamine!


9. Mengelakkan risiko penyakit kanser
Macam point no. 3 tadi, minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran oganisma pathogen. Bila makhluk halus ni dah hilang, sel darah putih badan kita akan dapat bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser kerana tidak terbeban lagi melawan sel pathogen jahat.


10. Keadaan berdengkur akan hilang
Amannya tidur bila dengkuran jiran sebelah dah senyap. Ini kerana penjanaan sel-sel baru pada anak tekak dan saluran pernafasan hasil pemakanan minyak kelapa dara. Ini juga sesuai dengan penghidap resdung, batuk dan selsema. Minyak kelapa dara bunuh virus yang menyebabkan penyakit ni, sekaligus menjana sel baru untuk ganti mana yang dah terjejas.


Sifir pemakanan minyak kelapa dara ni senang je sebenarnya. Bila kita makan, segala macam toksin dan mikroorganisma yang akan terkumpul dalam badan, menyebabkan kita rasa cepat letih dan kurang cergas kerana badan jadi sibuk melawan sel-sel merbahaya ni. Segala nutrien yang diperolehi dari makanan kita juga terpaksa digunakan. Lebih teruk lagi, dimakan pula oleh parasit yang bahaya pada tubuh! Jadi, bila kita ambil supplement minyak kelapa dara ni, badan akan detoks segala toksin yang menyebabkan badan kita “terlebih kerja”, membolehkan semua nutrien-nutrien yang selama ni terguna dapat disumbangkan kepada badan dengan lebih optimum. Sebab tulah badan akan rasa lebih ringan, cergas dan sihat.


Jadi, pengambilan minyak kelapa dara ni selamat untuk membersihkan badan kita. Tidak ada kesan sampingan dan sebagainya sebab ianya bukan ubat. Hanya makanan tambahan asas penting untuk tubuh kita. Tak rugi pun kalau cuba..


So, sampai sini sahaja. (Google dah nak hantar notis! Haha!)


Happy Monday blues people!


Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!


SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
sscatalyst@gmail.com
www.facebook.com/sscatalyst

Sunday 10 July 2011

Catalyst Hair Treatment: Beautiful Shiny Hair for You!

Rambut Oh Rambut...


Hari ni saya nak membebel tentang rambut pulak. Hmm.. Sejujurnya, saya seorang yang bertudung. Rambut pulak dari keluar je dari perut ummi memang dah penuh satu kepala, panjang sampai ke dahi. Jadi memang saya dilahirka dari keluarga yang berambut panjang dan lebat. Pernah dulu masa sekolah, panjang sampai bawah pinggang! Nak cuci dia.. Fuh.. Sehari pun belum tentu kering. Bercinta nak shampoo rambut saje. Belum campur conditioner lagi.. Haih. Tapi sekarang dah pakai tudung, takdelah panjang sangat. Tak muat nak serkup anak tudung tu karang! Haha! Tapi tak bemakna saya tak mengambil berat hal ni. Oh tidak sama sekali! Depan cermin, dalam bilik, sayalah dara berhias terbaik sampai cermin pun taknak pandang saya, bilik pun taknak bagi saya masuk. Meluat! Hahaha! Ok, tipu tu.


Apakah kaitan bebelan ini dengan produk Catalyst? Haa.. Bagi mereka yang mengambil berat tentang rambut , Catalyst ada produk penjagaan rambut yang terbaik untuk anda! Memperkenalkan...


Catalyst Hair Treatment
RM39.90 EM | RM43.90 WM


Mencuci dan merawat masalah rambut dan kulit kepala secara intensif




Catalyst Hair Revitalizer

RM39.90 EM | RM43.90 WM

Penyegar rambut untuk kegunaan harian. Penggunaan yang kerap akan membantu dan mempercepatkan proses perawatan dan penyegaran kulit kepala dan rambut.

Catalyst Hair Treatment Series merupakan penyejuk yang sangat baik dan membantu dalam pertumbuhan semula rambut rosak. Ia juga menyediakan protein dan khasiat penting yang diperlukan untuk rambut rosak.


Cara Penggunaan:
1. Tuangkan perawat rambut Catalyst Hair Treatment di atas tapak tangan dan sapukan di seluruh rambut hingga ke kulit kepala.
2. Lebihkan di kawasan bermasalah. Biarkan selama 30-45 minit sebelum dicuci dengan shampoo. Lap kering.
3. Pakaikan pelembab Catalyst Hair Revitalizer seperti memakai minyak / perapi rambut. Tidak perlu dibilas. Ianyamembantu merawat rambut dari sebarang kerosakan.
4. Boleh digunakan setiap hari.


Minyak kelapa dara dikenali juga sebagai salah satu nutrisi semulajadi terbaik untuk rambut. Ia membantu dalam pertumbuhan rambut sihat dan berkilau. Amalan menyapukan minyak kelapa dara telah diamalkan dari dahulu lagi di serata Asia dan dibuktikan dapat membantu kulit kepala untuk bebas dari kelemumur, kutu dan telur kutu. Malah ianya sangat terbukti dalam membantu masalah kulit kepala kering. Ia bertindak menguatkan akar rambut dan menyihatkannya.
Untuk Catalyst Hair Treatment Series, minyak kelapa dara berkualiti tinggi dan ekstrak herba terkenal untuk melebat dan menghitamkan rambut telah digunakan melalui kaedah saintifik moden sehingga terhasilnya siri perawatan rambut ini. Perawatan rambut tradisional ini telah diamalkan secara turun-temurun dan terbukti berkesan serta dipercayai ramai.


Banyak lagi kebaikan Catalyst Hair Treatment ni tapi panjang sangat nanti entry ni jadinya. Hehe. Next entry kay? Sekarang, kita beli dan lihat kesan penggunaannya. Kalau nak beli asing-asing pun apa salahnya. J tapi jangan risau, harga istimewa akan diberikan kepada yang beli satu set Catalyst Hair Treatment Series yang terdiri daripada Hair Treatment dan Hair Revitalizer. Isi borang pembelian dan tunggu emel dari saya!

Sekian, assalamualaikum!

Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!

SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)

Saturday 9 July 2011

Catalyst Natural Fibre Drink: Detox Your Body, Naturally!

Usus dianggap organ yang penting kerana diketahui mengandungi berjuta-juta mikroflora yang berperanan untuk menjaga kesihatan. Mikroflora atau bakteria di dalam usus terbahagi kepada dua iaitu bakteria baik dan juga bakteria berbahaya. Bakteria berbahaya (patogenik) boleh menyebabkan penyakit manakala bakteria baik berperanan memelihara kesihatan.


Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya “pengalihan kuasa” bakteria baik menjadi jahat di dalam usus termasuklah jangkitan bakteria dan virus, stress, rawatan antibiotic, alcohol, pola makanan, kimoterapi, radiasi dan iklim.


Catalyst Natural Fiber Drink mengandungi prebiotik yang merupakan sumber makanan yang menggalakkan pembiakan bakteria baik dan menghasilkan keseimbangan mikroflora tersebut di dalam kolon.


Catalyst Natural Fiber Drink juga bersifat bifidogenik iaitu bahan yang menggalakkan pertumbuhan bakteria bifidus (bifidobakteria). Prebiotik di dalam Catalyst Natural Fiber Drink membantu menambahkan keseimbangan kuman baik untuk mencegah dan merawat penyakit.


Fungsi sistem penghadaman penting untuk poses metabolisme tubuh, serta menjaga kesihatan fizikal dan mental. Selain mengandungi fruktan yang merupakan serat buah-buahan yang mudah larut di dalam air. Garam tisu biokimia yang terdapat di dalam Catalyst Natural Fibre Drink bertindak khusus:
• Membantu memerangkap gula berlebihan
• Menurunkan kadar kandungan gula dalam urin dan darah (sekaligus merawat masalah kencing manis)
• Mengikat lemak-lemak dari dalam perut
• Melancarkan peredaran darah dalam badan
• Menyihatkan dan menguatkan jantung


Faedah Catalyst Natural Fibre Drink


1. Berat badan berlebihan (kegemukan)
Pengambilan Catalyst Natural Fibre Drink akan memekatkan isi perut, menyebabkan timbulnya rasa kenyang dan selera makan akan menurun. Ini akan membantu mengurangkan berat badan dan menguruskan badan.


2. Gastrik
Selain makanan pedas dan stress, gastric juga disebabkan oleh bakteria H. Pylori yang dapat hidup di dalam perut berasid. Catalyst Natural Fibre Drink penting untuk menjana pembiakan bakteria lactobacilli yang mampu menguatkan sistem pertahanan usus dan mencegah jangkitan.


3. Kembung perut
Berlaku akibat penambahan gas di dalam saluran intestinal gastro kerana proses fermentasi (penapaian) dan pereputan makanan yang tidak dihadam oleh bakteria. Kembung juga berlaku kerana ketidak-serasian susu (laktos-intoleran) di dalam badan dan pertumbuhan bakteria pathogen. Catalyst Natural Fiber Drink yang tidak mempunyai laktosa akan dapat membantu sistem penghadaman dan menggalakkan keseimbangan bakteria di dalam usus.


4. Diabetes
Lemak-lemak, gula berlebihan serta hampas pencernaan akan diserap oleh serat menyebabkan masalah longgokan lemak dan kolestrol dalam badan dapat diatasi. Ini sekaligus membantu mengawal kandungan gula dalam darah dan air kencing, melancarkan peredaran darah serta menguatkan semula jantung.


5. Sembelit
Catalyst Natural Fiber Drink mencegah konstipasi (sembelit) dengan menambah isipadu air dalam feces (najis), menjadikannya semakin berat, sekaligus melancarkan proses pembuangan air besar.


6. Mengurangkan risiko kanser
Nilai pemakanan yang terdapat di dalam Catalyst Natural Fiber Drink mampu memnentang pertumbuhan kanser di dalam kolon dan beberapa bahagian lain sistem penghadaman. Ia meneutralkan enzim berbahaya yang boleh mengubah prokarsinogen kepada karsinogen yang aktif untuk meransang sistem pertahanan tubuh menentang aktiviti sel tumor.


7. Kolestrol
Catalyst Natural Fiber Drink bertindak dengan dua cara: memecahkan kolestrol supaya mudah dibuang atau menyerap terus kolestrol tersebut dari usus.


Catalyst Natural Fiber Drink adalah rumusan terbaru untuk membantu anda:


• Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
• Mengekalkan sistem penghadaman yang sihat
• Meningkatkan fungsi usus dengan cara menyeimbangkan mikroflora, mengurangkan sembelit, dan meningkatkan pergerakan usus.
• Merawat masalah cirit-birit.
• Mengurangkan serum kolestrol dan diabetes (kencing manis)
• Membolehkan nutrient diserap dengan sempurna
• Membersihkan darah dari toksin
• Mencegah jangkitan yang disebabkan oleh kuman berbahaya


Cara Penggunaan
1 sachet sekali sehari dibancuh menggunakan air suam. Selepas mengambil Catalyst Natural Fiber Drink, minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.


Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!


SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
sscatalyst@gmail.com

Friday 8 July 2011

Catalyst Mindstar: Boost Your Brain Function!

Otak yang cerdas menjamin fizikal, mental, emosional dan spiritual berada dalam keadaan yang cemerlang. Apabila otak dan kesihatan bertambah baik, ia akan membentuk sikap yang positif dan berfikiran matang. Ia juga membantu otak seseorang berfungsi ke tahan yang lebih maksimum.

Apakah Mindstar?

Catalyst Mindstar adalah sejenis makanan kesihatan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi membantu memulihkan kesegaran otak. Antara khasiatnya ialah:
• Merawat masalah saraf dan mental
• Mengatasi masalah mudah takut, cemas dan runsing
• Memberikan keyakinan kepada diri: menguatkan semangat untuk menjadi lebih rajin
• Mencerdaskan akal: meningkatkan daya tumpuan dan daya ingatan
• Menyegarkan badan: kurangkan keletihan

Catalyst Mindstar dijamin suci dan HALAL.
• Tidak mengandungi dadah
• Tidak mendatangkan kesan sampingan
• Tidak menyebabkan ketagihan

Kebaikan Catalyst Mindstar : Boost Your Brain Function

Terdapat 4 kebaikan utama Catalyst Mindstar:

1. Minda: Menguatkan daya ingatan serta meningkatkan daya kreativiti otak kanan dan kiri
2. Kesihatan: Menambahkan kecergasan fizikal dan mental serta menyeimbangkan keharmonian tubuh dan emosi
3. Moral: Membentuk sikap positif, matang, konfiden dan tidak mudah putus asa
4. Oksigen: Membantu otak berfungsi ke tahap maksima

Kandungan Catalyst Mindstar: Boost Your Brain Function

Catalyst Mindstar diperbuat daripada bahan-bahan yang 100% semulajadi, terutamanya pegaga. Pegaga ni memang kita selalu buat ulam-ulaman dalam makanan kita kalau dekat gerai nasi campur kan? Haa.. banyak khasiatnya kalau kita nak tau.. Antaranya:

1. Menguatkan kedua-dua benda putih dan kelabu pada otak
2. Meransang pembelajaran
3. Menguatkan ingatan
4. Menenangkan dan menyegarkan badan
5. Meningkatkan kualiti pembelajaran
6. Mengeluarkan toksin dalam badan
7. Baik untuk melancarkan peredaran darah
8. Pembekal oksigen yang optimum kepada otak

Catalyst Mindstar
RM59.90 (SM) | RM65.90 (SS)

Saya cadangkan Catalyst Mindstar ni kepada mereka yang sedang belajar, murid, student kolej dan juga mereka yang kurang fokus ketika bekerja.

Kepada ibu bapa, boleh jugak ambil Catalyst Mindstar ni kalau anak-anak susah sangat nak makan sayur pegaga ni. Hehe.

Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!


SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
sscatalyst@gmail.com

Thursday 7 July 2011

Catalyst Collagen: Beautiful, healthier you!

Selain dari minyak kelapa dara asli dan organik, Catalyst juga ada produk kesihatan dan kecantikan kulit kolagen tau? Rasa dia masam-masam manis macam buah oren gitu. Sedap! Khasiatnya pun banyak. Tapi tau tak apa itu kolagen yang famous sangat sekarang ni?


Apa itu kolagen? Vitagen ke?


Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai:
  • Perekat dalam badan
  • Pemberi struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan
  • Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligament
  • Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel-sel badan baru
Oleh itu, Catalyst Collagen merupakan satu produk yang telah diformulasikan berasaskan teknologi farmaseutikal untuk member manfaat yang tidak terhingga kepada tubuh badan pengamalnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


Hasil kajian Klinik Perubatan University Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka masa panjang kolagen meningkatkan kestabilan, dan ketahanan struktur protein manusia. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang daripada keguguran rambut. Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh tubuh badan untuk membina tisu otot dan membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh.
Dari sudut kecantikan, kolagen berkesan untuk;
a. Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
b. Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit


Apa pula khasiat dari Catalyst Collagen? Cerita sikit...


Khasiat dari Catalyst Collagen:
  • Membantu proses pemulihan osteoporosis dan osteroarthritis
  • Mengembalikan keremajaan dan kesegaran kulit
  • Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut
  • Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap dan rapuh
  • Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau
  • Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima

Jadi kesan pemakanan Catalyst Collagen ni ialah...?


  • Kulit tidak akan berminyak. Kekal lembab sepanjang hari. Syok tau? Tengok muka kat cermin dah tak silau. Terbukti! Hahaha!
  • Dapat mengurangkan masalah jerawat. Kalau ada jerawat, mudah kecut. Kalau tumbuh jerawat, cepat hilang. Jangan kata terus tak ada. Susahlah macam tu kan? Heheh.
  • Dapat mengurangkan parut-parut yang ada pada kulit. Bila badan dapat sumber protein secara langsung dari Catalyst Collagen, sel-sel yang diperlukan untuk membina kulit baru dapat disediakan oleh tubuh. Kuranglah parut di badan. :)
  • Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga. Maklumlah, otot dah tambah minyak hitam berkualiti..
  • Minda akan lebih cergas dan pergerakan anggota badan akan menjadi lebih lancar. Ibarat engsel besi yang kita spray dengan WD-40. Smooth je.. Hehehe.. (Eh eh! Jangan spray WD-40 tu tau! Mentang-mentanglah nak kesan segera. Hehe.)
Semua kesan-kesan ini telah dibuktikan melalui ujian klinikal makmal dan mampu mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit anda dalam tempoh dua hingga empat minggu pengambilannya. Tak percaya? Beli sekotak dan rasa pengalaman ni sendiri. Serius best!


“Kulit yang sihat adalah benteng pertahanan tubuh dari ditembusi mikroorganisma berbahaya seperti bakteria, kulat, virus dan protozoa selain dapat menyerlahkan kecantikan seseorang ”
Catalyst Collagen: for your health and beauty
(RM59.90 EM / RM65.90 WM per box of 15 sachet)

Ada banyak testimoni-testimoni positif yang kami dapat dari pengguna Catalyst Collagen. Kulit makin halus dan berseri adalah antara komen-komen yang paling kerap kami terima. 
Boleh tanya abang Google kalau nak tau maklumat lanjut. InsyaAllah, kalau ada kelapangan, saya akan minta izin mereka yang bagi testimoni tu untuk saya poskan di sini. 


Saya pun ada makan Catalyst Collagen ni tau? (Tokey, haruslah! Hehe.) Dah masuk minggu kedua untuk kotak yang pertama! Hasilnya sangat-sangat memuaskan hati. Jerawat bulanan tu memang wajiblah untuk saya, no problemo. Tapi, saya perasan yang jerawat yang selama ni ambil masa sampai dua minggu lepas period untuk hilang, sekarang cepat sangat susut dan kesan parut pun tak ada! Parut-parut lama sebelum ni pun dah pudar. Happy je pergi sekolah, terus update blog SS Catalyst! (Haha. Kantoi siapa saya!)


Senang je cara makan Catalyst Collagen ni: Koyakkan satu sachet, tuang dalam mulut lepas tu kesipkan sampai habis. Minum air suam atau jus buah kalau nak lebih baik. Kepada yang belum mencuba, cubalah sekotak dulu untuk lihat keberkesanan produk ni. 



Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!


SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
www.facebook.com/sscatalyst

Wednesday 6 July 2011

Lagi Kebaikan Minyak Kelapa Dara

Assalamualaikum, dan selamat hari Rabu semua!


Dua tiga hari lepas saya melepak dekat bilik kawan saya, Aqilah Hamzah. Cik Qila ni memang rajin beli majalah-majalah yang bagus. Solusi, Anis, Mingguan Wanita dsb. Saya pun selak-selaklah Majalah Anis keluaran Januari 2011. Tajuknya, "Kembali kepada Santan". Naluri saya sebagai pengedar Catalyst VCO pun kuat berkata-kata, "Ira, macam wajib baca je ni." Haha. Dramatik kan?


Jadi ini dia hasil bacaan dia. Isi utama artikel tu ialah tentang Asid Laurik yang sememangnya banyak dalam minyak kelapa dara keluaran Catalyst. Jom tengok!







Artikel daripada:
Suraiya Pauzi (Kolum "Sihat Anggun", Anis, Januari 2011)


Antara isi utama artikel ini tentang kelapa ialah:


Penyakit jantung yang dihidapi oleh kebanyakan orang bukanlah disebabkan oleh minyak kelapa atau santan tetapi dari unsur lain yang hadir dalam makanan seperti, marjerin, keropok, makanan panggang, burger, roti canai, mentega dan makanan terproses lain. Juga daripada santan yang telah telah diubahsuai dengan minyak hidrogen. 


Santan tidak bertukar kepada kolestrol mudarat terhadap arteri. Malah penduduk dunia yang banyak bergantung kepada kelapa sebagai sumber utama lemak, didapati bebas daripada penyakit jantung.


Penyelidikan mengesyorkan orang dewasa  biasa boleh mendapat manfaat daripada 24gram Asid Laurik setiap hari. Ini boleh didapati dengan memakan setengah sudu makan minyak kelapa, 10 auns santan asli, atau 7 auns kelapa mentah sehari. Anda juga boleh juga mengamalkan pengambilan minyak kelapa dara yang terbukti baik untuk kesihatan


Ok. Ayat yang terakhir tu memang original dari artikel ok? SS Catalyst tak propa tambah-tambah naa. Quote 100% asli! Jadi, untuk kekal sihat, makanlah makanan yang datang dari kelapa. Santan teguk secawan sehari. Nak? Tak pun kunyah kelapa mentah 7 auns sehari. Lipat dalam daun macam makan sireh. Nak? Hehehe.


Buat apa susah-susah? SS Catalyst ada jual produk minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi daripada Catalyst. Ada dalam bentuk kapsul sofgel yang mudah ditelan atau cecair. Cuma ambil 2 biji atau 2 sudu sehari, sebelum atau selepas makan, siang atau malam. Senangkan? :)


Catalyst Virgin Coconut Oil
60 Premium Softgel Capsule
RM39.90 (SM) | RM43.90 (SS)



Catalyst Virgin Coconut Oil Pure Oil Liquid
RM39.90 (SM) | RM43.90 (SS)



Sempena tengah sibuk nak puasa (dan ganti puasa) ni, eloklah kita kekalkan tahap kesihatan yang terbaik kan? Jom beli! Hehe.


Ps. Cik Qila kita pun pengguna Catalyst VCO tau? Tengs nyonya! Hee..


Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!

SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
sscatalyst@gmail.com

Monday 4 July 2011

Kebaikan Minyak Kelapa Dara dan Cara Pembuatannya

Salam semua! Hari ni saya mencari petua-petua dan kebaikan minyak kelapa dara dari abang Google kita untuk di kongsi disini. Tapi tak boleh copy. Apa kata saya kongsikan linknya disini? :)








Haa... Dah baca? Susahkan cara nak membuatnya? 


Tanpa kepakaran dan suasana dan alatan yang bersih dan bebsa dari kuman, kebarangkalian untuk berjaya adalah 50-50


Betapa lecehnya kalau kita nak buat sendiri minyak kelapa dara yang berkualiti. Sebab tulah ada Catalyst VCO! (Ececeh.. haruslah promosi! Hehe.)




60 Premium Softgel Capsule
2 biji sehari. 
Sebelum atau selepas makan. Siang atau malam

2 Sudu sehari. 
Sebelum atau selepas makan. Siang atau malam

Senangkan cara pemakanan Catalyst VCO? Yang penting proses pembuatannya dijamin bersih, tanpa penggunaan bahan kimia atau haba yang boleh memudaratkan kita. 100% HALAL dan juga tiada kesan sampingan. 

Tak payah susah-susah nak peram sendiri. Emel kami di sscatalyst@gmail.com and let us do the magic for you. Tup-tup dah sampai depan rumah, abang PosLaju hulurkan. Hehe. 

Till next time!

Salam.

Ps. Terima kasih kerana berkunjung ke blogshop kami! 

Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!

SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
sscatalyst@gmail.com

Friday 1 July 2011

SS Catalyst New Blogshop Opening!

Salam dan hai semua!

Entry pertama dari SS Catalyst! Yay! Terima kasih kerana berkunjung ke blog kami. :)


Untuk pengetahuan semua, kami menjual pelbagai produk makanan kesihatan dari Catalyst Nutraceutical Sdn. Bhd. Produk kami ialah buatan Bumiputera Kedah, Malaysia yang 100% organik dan halal serta dijamin tiada kesan sampingan. 

Kebanyakan produk kami pula berasaskan Minyak Kelapa Dara yang sememangnya diketahui ramai tentang khasiat dan kebaikannya.

Berikut adalah antara produk yang kami sediakan:









Tunggu entry seterusnya untuk senarai produk dan promosi terbaru SS Catalyst!

Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!

SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
sscatalyst@gmail.com