Monday 11 July 2011

Minyak Kelapa Dara. (Lagi?)

Haah. Tak habis-habis kebaikan minyak kelapa dara. Jangan bosan pulak ye? Hehe.


Salam dan hai semua!


Minyak kelapa dara ni memang terkenal dari zaman tok nenek kita lagi. Kalau nak cerita tentang khasiatnya, memang Google hantar notis sebab entry pos panjang sangat! Tapi boleh je saya terangkan serba sedikit.. Hehe.


Antara kebaikan dan khasiat minyak kelapa dara:


1. Mengurangkan kadar kolestrol
Bukan mereka yang berbadan besar je ada kolestrol banyak. Kurus pun tak bermakna kurang kolestrol. Pokok pangkalnya ialah gaya pemakanan kita. Hari-hari makan nasi lauk ayam goreng, ikan goreng lada, petang-petang minum teh minum teh dengan pisang goreng. Haih.. Mana tak naya badan? Tapi tapi tapi.... Minyak kelapa dara ni special. Dia minyak yang TIDAK MENGANDUNGI KOLESTROL! Oleh itu, ia adalah alternatif terbaik bagi minyak-minyak lain.


2. Mengawal kencing manis
Pancreas akan lebih efisien mengeluarkan insulin sementara sel boleh bekerja dengan lebih cekap mengambil gula keperluannya


3. Mengatasi masalah penyakit degeneratif dan masalah di usia lanjut
Haa.. Untuk hidup yang berkualiti memerlukan badan yang sihat dan cergas. Minyak kelapa dara mempunyai anti-oksida yang tinggi dan bertindak menghambat pembentukan sel-sel radikal bebas. (Sel radikal bebas ni ialah sel-sel yang menyebabkan kanser!)


4. Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah
Pernah dengar tak doktor cakap, “Oh, bila lemak banyak dalam darah, saluran darah kita boleh tersumbat. Menyebabkan kita berisiko menerima serangan jantung!”. Haa.. Minyak kelapa dara mengatasi masalah ini apabila ianya mengatasi pembentukan plak pada pembuluh darah yang menjadi faktor serangan jantung.


5. Sistem imunisasi tubuh yang lebih kuat
Ini kerana tubuh kita dah ada agen anti-virus, anti-bakteria, anti-fungus dan anti-protozoa. Belum ada lagi? Cepat telan minyak kelapa dara sekarang!


6. Mengembalikan keanjalan dan kelembutan kulit
Berita gembira kepada kaum-kaum hawa ni. Kaum-kaum adam nak tumpang gembira pun boleh sebab awek-awek, isteri-isteri anda semua kini dah semakin cantik! Minyak kelapa dara akan mempercepatkan penggantian sel-sel kulit mati dengan sel baru selain melindungi dari bahaya sinaran ultra-violet. Phewit!


7. Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang
Sel rambut akan mendapat khasiat yang diperlukan dan tenaga yang mencukupi untuk pertumbuhan maksima. Dari dulu lagi nenek-nenek kita cakap, sapu rambut tu dengan minyak kelapa.. Haa.. Tak percaya lagi tengoklah artis-artis Bollywood tu. Lebat dan berkilau je rambut. Jeles!


8. Terhindar dari gejala alahan
Oh yes.. Minyak kelapa dara juga bertindak sebagai anti-histamine!


9. Mengelakkan risiko penyakit kanser
Macam point no. 3 tadi, minyak kelapa dara memusnahkan sebarang kehadiran oganisma pathogen. Bila makhluk halus ni dah hilang, sel darah putih badan kita akan dapat bertindak secara maksima memusnahkan sel kanser kerana tidak terbeban lagi melawan sel pathogen jahat.


10. Keadaan berdengkur akan hilang
Amannya tidur bila dengkuran jiran sebelah dah senyap. Ini kerana penjanaan sel-sel baru pada anak tekak dan saluran pernafasan hasil pemakanan minyak kelapa dara. Ini juga sesuai dengan penghidap resdung, batuk dan selsema. Minyak kelapa dara bunuh virus yang menyebabkan penyakit ni, sekaligus menjana sel baru untuk ganti mana yang dah terjejas.


Sifir pemakanan minyak kelapa dara ni senang je sebenarnya. Bila kita makan, segala macam toksin dan mikroorganisma yang akan terkumpul dalam badan, menyebabkan kita rasa cepat letih dan kurang cergas kerana badan jadi sibuk melawan sel-sel merbahaya ni. Segala nutrien yang diperolehi dari makanan kita juga terpaksa digunakan. Lebih teruk lagi, dimakan pula oleh parasit yang bahaya pada tubuh! Jadi, bila kita ambil supplement minyak kelapa dara ni, badan akan detoks segala toksin yang menyebabkan badan kita “terlebih kerja”, membolehkan semua nutrien-nutrien yang selama ni terguna dapat disumbangkan kepada badan dengan lebih optimum. Sebab tulah badan akan rasa lebih ringan, cergas dan sihat.


Jadi, pengambilan minyak kelapa dara ni selamat untuk membersihkan badan kita. Tidak ada kesan sampingan dan sebagainya sebab ianya bukan ubat. Hanya makanan tambahan asas penting untuk tubuh kita. Tak rugi pun kalau cuba..


So, sampai sini sahaja. (Google dah nak hantar notis! Haha!)


Happy Monday blues people!


Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!


SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
sscatalyst@gmail.com
www.facebook.com/sscatalyst

No comments:

Post a Comment

Hello you! Thank you for dropping by our humble blogshop. Got yourself some questions? Write it up and we'll get back to you as soon as possible!

XO,
Syahreen & Syahira
SS Catalyst : Providing The Best of Catalyst to You