Thursday 7 July 2011

Catalyst Collagen: Beautiful, healthier you!

Selain dari minyak kelapa dara asli dan organik, Catalyst juga ada produk kesihatan dan kecantikan kulit kolagen tau? Rasa dia masam-masam manis macam buah oren gitu. Sedap! Khasiatnya pun banyak. Tapi tau tak apa itu kolagen yang famous sangat sekarang ni?


Apa itu kolagen? Vitagen ke?


Kolagen merupakan struktur protein yang berfungsi sebagai:
  • Perekat dalam badan
  • Pemberi struktur kepada badan, melindungi dan menyokong tisu-tisu lembut serta menyambungkannya dengan tulang badan
  • Ketika usia remaja dan awal 20-an, terdapat pertumbuhan hormon yang aktif bagi menyokong pertumbuhan struktur dan menggalakkan perkembangan otot, tendon dan ligament
  • Kolagen digunakan untuk menghasilkan protein bagi membantu pertumbuhan ini serta mengaktifkan penjanaan semula sel-sel badan baru
Oleh itu, Catalyst Collagen merupakan satu produk yang telah diformulasikan berasaskan teknologi farmaseutikal untuk member manfaat yang tidak terhingga kepada tubuh badan pengamalnya, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.


Hasil kajian Klinik Perubatan University Wurzburg di Jerman pada tahun 1995 menunjukkan, penggunaan jangka masa panjang kolagen meningkatkan kestabilan, dan ketahanan struktur protein manusia. Ini memperbaiki kualiti kuku rapuh dan menghalang daripada keguguran rambut. Ketika tidur, asid amino yang dihasilkan oleh kolagen digunakan oleh tubuh badan untuk membina tisu otot dan membantu pembinaan bentuk badan dan otot yang lebih kukuh.
Dari sudut kecantikan, kolagen berkesan untuk;
a. Mengurangkan bilangan, kepadatan dan kejelasan kedutan
b. Memastikan keanjalan dan kesegaran kulit


Apa pula khasiat dari Catalyst Collagen? Cerita sikit...


Khasiat dari Catalyst Collagen:
  • Membantu proses pemulihan osteoporosis dan osteroarthritis
  • Mengembalikan keremajaan dan kesegaran kulit
  • Mengatasi masalah kulit kusam, kering dan berkedut
  • Membantu melicinkan tumit merekah dan kuku malap dan rapuh
  • Menyuburkan rambut agar kelihatan lebat dan berkilau
  • Membantu mengaktifkan semua metabolisme tisu-tisu tubuh ke tahap maksima

Jadi kesan pemakanan Catalyst Collagen ni ialah...?


  • Kulit tidak akan berminyak. Kekal lembab sepanjang hari. Syok tau? Tengok muka kat cermin dah tak silau. Terbukti! Hahaha!
  • Dapat mengurangkan masalah jerawat. Kalau ada jerawat, mudah kecut. Kalau tumbuh jerawat, cepat hilang. Jangan kata terus tak ada. Susahlah macam tu kan? Heheh.
  • Dapat mengurangkan parut-parut yang ada pada kulit. Bila badan dapat sumber protein secara langsung dari Catalyst Collagen, sel-sel yang diperlukan untuk membina kulit baru dapat disediakan oleh tubuh. Kuranglah parut di badan. :)
  • Badan akan rasa lebih cergas dan bertenaga. Maklumlah, otot dah tambah minyak hitam berkualiti..
  • Minda akan lebih cergas dan pergerakan anggota badan akan menjadi lebih lancar. Ibarat engsel besi yang kita spray dengan WD-40. Smooth je.. Hehehe.. (Eh eh! Jangan spray WD-40 tu tau! Mentang-mentanglah nak kesan segera. Hehe.)
Semua kesan-kesan ini telah dibuktikan melalui ujian klinikal makmal dan mampu mengembalikan kesegaran dan keremajaan kulit anda dalam tempoh dua hingga empat minggu pengambilannya. Tak percaya? Beli sekotak dan rasa pengalaman ni sendiri. Serius best!


“Kulit yang sihat adalah benteng pertahanan tubuh dari ditembusi mikroorganisma berbahaya seperti bakteria, kulat, virus dan protozoa selain dapat menyerlahkan kecantikan seseorang ”
Catalyst Collagen: for your health and beauty
(RM59.90 EM / RM65.90 WM per box of 15 sachet)

Ada banyak testimoni-testimoni positif yang kami dapat dari pengguna Catalyst Collagen. Kulit makin halus dan berseri adalah antara komen-komen yang paling kerap kami terima. 
Boleh tanya abang Google kalau nak tau maklumat lanjut. InsyaAllah, kalau ada kelapangan, saya akan minta izin mereka yang bagi testimoni tu untuk saya poskan di sini. 


Saya pun ada makan Catalyst Collagen ni tau? (Tokey, haruslah! Hehe.) Dah masuk minggu kedua untuk kotak yang pertama! Hasilnya sangat-sangat memuaskan hati. Jerawat bulanan tu memang wajiblah untuk saya, no problemo. Tapi, saya perasan yang jerawat yang selama ni ambil masa sampai dua minggu lepas period untuk hilang, sekarang cepat sangat susut dan kesan parut pun tak ada! Parut-parut lama sebelum ni pun dah pudar. Happy je pergi sekolah, terus update blog SS Catalyst! (Haha. Kantoi siapa saya!)


Senang je cara makan Catalyst Collagen ni: Koyakkan satu sachet, tuang dalam mulut lepas tu kesipkan sampai habis. Minum air suam atau jus buah kalau nak lebih baik. Kepada yang belum mencuba, cubalah sekotak dulu untuk lihat keberkesanan produk ni. 



Sebarang pertanyaan lanjut, jangan malu-malu tanya kami!


SS Catalyst: Providing the best of Catalyst™ to you.
019-7013181 (Syahira Shukri)
013-7975339 (Syahreen Samsuri)
www.facebook.com/sscatalyst

No comments:

Post a Comment

Hello you! Thank you for dropping by our humble blogshop. Got yourself some questions? Write it up and we'll get back to you as soon as possible!

XO,
Syahreen & Syahira
SS Catalyst : Providing The Best of Catalyst to You